Misteri Pulau Roanoke Yang Belum Terungkap

Misteri Pulau Roanoke Yang Belum Terungkap

aocrp-4 – Misteri Pulau Roanoke yang belum terungkap memang meninggalkan banyak pertanyaan. Hingga kini tidak ada yang mengetahui nasib 118 penduduk kubu penempatan Inggris di Pulau Roanoke, Amerika Utara, selepas kumpulan itu ghaib secara tiba-tiba pada tahun 1590.

 

Misteri hilangnya penduduk itu amat membingungkan dan berbagai teori spekulasi terus diperdebatkan. Ke manakah mereka menghilangkan diri dan apakah sebenarnya yang berlaku kepada semua penduduk terbabit?

Misteri dan tanda tanya itu pertama kali dirasai gabenor penempatan berkenaan, John White. Sebaik beliau bersama kumpulannya kembali ke Pulau Roanoke selepas tiga tahun meninggalkannya untuk ke England.

Ketika berlabuh pada 18 Ogos 1590, White mendapati kubu dijaganya selama ini kosong dan sepi tanpa penghuni.

Anggota pasukannya gagal mengesan kira-kira 90 lelaki, 17 perempuan dan 11 kanak-kanak yang menentap ketika ditinggalkan, tiga tahun lalu. Kubu penempatan yang suatu ketika dahulu meriah dan riuh dengan kehidupan warganya kini hening menyeramkan bagaikan kota hantu.

Apakah yang terjadi kepada semua penduduk terbabit? Fenomena itu amat membingungkan, seolah-olah mereka terus ghaib secara tiba-tiba.

Sebelum berangkat ke England, White berpesan supaya penduduknya mengukir tanda salib berbintang di pokok sekiranya timbul masalah, tetapi tiada sebarang bentuk salib ditemui sekitar kubu.

Satu-satunya petunjuk misteri ditemui White adalah perkataan Croatoan yang diukir di pondok pengawal selain Cro yang ditoreh pada pohon berhampiran.

Sejarah penempatan Inggeris di Pulau Roanoke bermula apabila British berusaha melebarkan kuasa penjajahan ke semenanjung timur Amerika Utara sekitar tahun 1584.

Pada tahun 1587, kumpulan penjelajah diketuai White diarah mendiami kubu penempatan Pulau Roanoke sebagai tanda wujudnya penguasaan Inggeris di wilayah asing itu.

Pada akhir tahun 1587, White belayar pulang ke England untuk melaporkan perkembangan penempatan baharu mereka.

Selepas beberapa lama di England, White ingin kembali ke kota kecilnya, tetapi perang Inggeris dengan Sepanyol menyebabkan beliau menghadapi pelbagai rintangan untuk pulang.

Misteri Pulau Roanoke Yang Belum Terungkap

Akhirnya, selepas tiga tahun, White berjaya kembali ke Pulau Roanoke, akan tetapi, kepulangannya disambut perasaan aneh lagi membingungkan apabila mendapati kubu yang ditinggalkannya sepi, sunyi dan tidak lagi berpenghuni.

Seterusnya misteri ghaibnya penduduk kubu Pulau Roanoke pun bermula dan terus menjadi teka-teki memeningkan sehingga kini. Tanpa mengetahui dengan tepat apa yang terjadi kepada penduduk itu, pelbagai teori spekulasi dikemukakan.

Antaranya, terdapat cerita kononnya penduduk ghaib angkara roh hantu di pulau berkenaan. Roh hantu itu kononnya terganggu dengan `pencerobohan’ penduduk Inggeris di kawasan miliknya hinggga menyebabkan makhluk halus itu menyerang kumpulan terbabit.

Teori lain mengatakan ketika ketiadaan White, kumpulan penduduk diserang dan dibunuh puak Orang Asli. Lebih menakutkan, ahli arkeologi, Lawrence Stager, membuat andaian penduduk mungkin diserang puak kanibal dan dibunuh untuk dijadikan `makanan’.

Misteri Pulau Roanoke Yang Belum Terungkap

Ada pendapat mengatakan kubu Inggeris terbabit diserang armada Sepanyol lantaran dua negara terbabit sedang berperang ketika itu. Jika berlakunya serangan, bagaimananpun pastinya terdapat kesan kemusnahan tetapi White mendapati tiada sebarang tanda peperangan berlaku sebaik kembali di kubunya.

Dari tahun 1937 hingga 1941, beberapa batu bersurat ditemui kononnya menceritakan nasib penduduk selepas White bertolak ke England. Mengikut batu bersurat yang dikatakan ditulis penduduk kubu iaitu Eleanor Dare, penduduk mula berhijrah apabila White tidak lagi kembali selepas lama mereka menunggu. Mereka dipercayai mati sepanjang penghijrahan itu. Kebanyakan ahli sejarah bagaimanapun, sangsi akan ketulenan batu bersurat itu yang mungkin direka pihak tertentu.

Teori lain adalah penduduk Pulau Roanoke berpindah dan mendapat perlindungan masyarakat Orang Asli Croaton di pulau itu untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mereka berbuat demikian mungkin disebabkan kecewa dan menyangka White meninggalkan mereka bagaikan bergantung tidak bertali dan tidak kembali lagi. Teori ini diyakini penyelidik berdasarkan penemuan ukiran Croataon dan Cro.

Ketua puak Orang Asli di Chesapeake Bay yaitu Powhatan. Malah mengatakan beliau pernah membunuh penduduk Inggeris yang tinggal bersama Orang Asli daripada puak lain di situ, sebelum ini.

Dalam kajian John Lawson, beliau mendapati puak Orang Asli di Pulau Roanoke kemudiannya berhijrah ke Pulau Hatters. Pemerhatiannya terhadap Orang Asli di Pulau Hatteras pada masa kini mendapati budaya dan fizikal puak itu berbeza dengan Orang Asli yang pernah dijumpainya.

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *